[VID] Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia


Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia
Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.

“Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Duit emas yang digunakan 560 sebelum masihi di Turki

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffindalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.

The Creature From Jekyll Island

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atauFractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank

Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan olehSpecial Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً

“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” 
[surah an-Nisa’, ayat 76]

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.








Zimbabwe menjadi bukti kerapuhan wang fiat

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.

Duit dibakar di Jerman kerana sudah tidak bernilai

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Sumber : Milenia Muslim



[GAMBAR] Bahaya Tidur





Bahaya Tidur Selepas Subuh..
Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan."




Waktu tidur yang paling bermanfaat ia itu :

1. Tidur ketika perlu tidur.2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam.3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI

[Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua] Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga] Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat] Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima] Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah:- [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam] Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. Zaadul Ma’ad, 4/222)


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

Dua beradik ditahan miliki senapang buatan sendiri


KUANTAN: Dua beradik ditahan kerana memiliki senapang buatan sendiri bagi memburu ayam hutan di kebun kelapa sawit di Sungai Ruan, Raub, semalam.

Polis turut merampas 88 biji guli yang digunakan mereka untuk menembak.

Ketua Polis Daerah Raub, Superitendan Wan Mohd Samsuddin Wan Osman, hari ini, berkata kedua-duanya yang berumur 30 dan 40 tahun ditahan kira-kira jam 7 malam semalam selepas pihak polis mendapat maklumat orang awam.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman satu tahun penjara atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

- BERNAMA

Tarikh cantik 12.12.12



Admin percaya ramai yang mahukan sesuatu yang terbaik berlaku dalam hidup mereka pada tarikh tu... ada yang memilih untuk bertunang dan menikah pada tarikh tersebut! ada juga yang menyambut hari lahir pada tarikh itu... dan ada juga yang dijangka bakal melahirkan anak pada tarikh ini!


Apa pun yang terjadi dan yang kita rancang untuk berlaku pada tarikh itu semuanya atas izin Allah SWT... jika baik niat kita maka baiklah yang akan terjadi... begitu juga sebaliknya! janganlah kita terlalu taksub nak yang indah je berlaku pada tarikh tersebut... tapi tak boleh terima kenyataan jika berlaku sesuatu yang buruk!

Ingat pemilihan tarikh itu hanyalah perancangan kita... tapi segala yang berlaku telah tertulis olehNya! misalnya ibu yang dijangka bakal lahirkan anak pada tarikh tersebut... janganlah kecewa dan tak boleh terima hakikat jika anaknya lahir pada tarikh lain! itu kan dah kehendak Allah SWT... terima je! janji anak kita lahir dengan sihat dan selamat, itu yang patut disyukuri!

yang terbaik dan indah itu datangnya dari Allah SWT... kita hanya mampu merancang!

segala kekurangan itu datangnya dari diri kita sendiri... bersyukurlah dengan apa yang terjadi!

Kredit habis? Tekan jew...

Ala .. tinggal RM1 je? Tape .. Relek

Hotlink akan menghulurkan bantuan dengan meminjamkan kredit prabayar RM3 
apabila anda kehabisan kredit. 

Malaysia VS Thailand Live Streaming

Malaysia VS Thailand Live Streaming


Hari ini (9 Disember 2012) merupakan pertemuan antara Malaysia danThailand.  Pasukan bola sepak Thailand dikatakan yang terkuat tahun ini.  
Adakan pasukan Malaysia (Harimau Malaya) mampu menumbangkan pasukan Thailand ini.

Kemenangan ke atas Laos dan Indonesia tempoh hari memberi harapan untuk Malaysia memasuki ke peringkat separuh akhir.

Namun, kecederaan beberapa tonggak utama pasukan Malaysia membimbangkan semua penyokong Harimau Malaya.
Mampukah Malaysia menewaskan Thailand? 

Sama-samalah kita saksikan nanti perlawanan antara Malaysia vs Thailand malam ini.

[HOT] Lisa Surihani Main Kayu Tiga??

Lisa Surihani Main Kayu Tiga di Istanbul?? Tak Percaya?

lisa main kayu tiga




HOT - Budak bogel di pavilion

Budak Bogel di PAVILION


Latest pergh... berani giler kott


Yang lama punya :D

V


[Video] Jangan Senyum atau Ketawa !

Perhati gambar di bawah selama 10 saat , kalau korang x ketawa korang memang hebat ! Hahahahaha

[NEWS] Akhirnya Peperangan Tamat (Israel-Hamas)

Assalamualaikum dan salam sejahtera , Terima kasih saya ucapkan kepada pembaca setia website ini ,
Pehhh Gembira Tak terkira pagi buta ni , tu je yang mampu kami ungkapkan
Berbaloi juga tak tidur malam ni , hehehe

Alhamdulillah , Thank you Allah , Doa kita semua telah dimakbulkn ,
Admin ada sedikit gambar ( Live ) Rakyat palestin setelah Genjatan Senjata

Lega: Palestin meraikan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Gaza di Bandar Gaza hari ini

Hari ini, gencatan senjata yang ditaja oleh Mesir telah dipersetujui, menghentikan konflik lapan hari yang membunuh 162 rakyat Palestin dan lima Israel

Syukur : Palestin meraikan di jalan Bandar Gaza selepas seminggu keganasan merentas sempadan antara Israel dan Palestin

Bendera Mesir dikibarkan di langit Gaza bagi meraikan peranan Mesir menyumbang kepada kemenangan ini.



Powered By TgokJum

[ TIP ] Cara Mencari Bakal Isteri

Carik bakal bini kat pasar minggu hari sabtu/ahad pagi sebelum pukul 10.
Sebab :

Bini yang baik adalah bini yang bangun pagi. Kenape sabtu/ahad? Sebab weekdays semua orang bangun pagi.sebab terpaksa.
Kerja punya pasal.awal2 kawin boleh la bangun lambat
Bini yang bagus adalah bini yang kenal nama dan bentuk ikan dan sayur.

Kalau awek u all setakat tau ikan lumba2 dan ikan paus, sila nilai semula hasrat nak berbinikan mereka.
Bini yang best adelah mereka yang jenis tak kesah nak pegi pasar. saving duit u all. cube bayangkan kalau bini u all anti pergi pasar. takkan nak beli ikan kat times square?

[ FAKTA ] Siapa ANAK KE-2 dalam family?

ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg DEGIL.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (kesian)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi perangai dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas

Sumber : Pakar Diari Hati

Shila, Sharnaaz nikah 2014

Shila, Sharnaaz nikah 2014

Enggan membiarkan hubungan cinta mereka menjadi buah mulut serta mencetuskan pelbagai gosip liar, penyanyi, Shila Amzah dan kekasih, Sharnaaz Ahmad, merancang untuk menamatkan zaman solo mereka dua tahun lagi. 
Merancang untuk mendirikan berumah tangga pada 2014, Shila menganggap tempoh dua tahun yang berbaki dapat digunakan mereka sebaik mungkin bagi mengukuhkan lagi kerjaya seni masing-masing. Bukan kerana desakan keluarga, sebaliknya sebuah keputusan yang dicapai hasil perbincangan bersama, mereka berasakan 2014 ialah tahun paling sesuai untuk memikirkan hala tuju masa depan perhubungan terbabit. 
Sekarang masing-masing sibuk dengan kerjaya manakala Sha sendiri kena berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Shanghai kerana terikat dengan Shanghai Media Group selama dua tahun. Sejak menang pertandingan Asian Wave, jadual Sha penuh dengan undangan persembahan sehingga tahun depan. 

Sebab itulah kami memutuskan untuk menumpukan kepada kerjaya dalam tempoh ini. Perjumpaan kedua-dua belah pihak pada Hari Raya lalu bagaimanapun tidak menyentuh mengenai soal kahwin. Keputusan ini ialah hasil perbincangan antara kami saja, kata Shil ayang senang membahasakan dirinya Sha, ketika ditemui di ibu kota, semalam. 

Meskipun kini semakin sibuk dengan persembahan di Malaysia mahupun China, mereka tetap saling berhubung. Bahkan penyanyi berusia 22 tahun ini tetap menganggap Sharnaaz sebahagian daripada tulang belakang kejayaan kerjayanya ketika ini. 

Diusik pertanyaan apakah dia tidak risau apabila mendengar khabar putus cinta rakan artis lain, sedangkan tempoh untuk mereka menaiki pelamin agak jauh, Shila berkata, dia meletakkan kepercayaan penuh pada Sharnaaz dan menganggap buah hatinya seorang yang amat memahami. 

Alhamdulillah, sejak menang pertandingan itu, rezeki Sha bertambah dan ada kalanya tiada masa untuk dia. Namun dia tidak pernah marah atau rasa tersisih. 

Mulanya memang dia ada juga merajuk dan rasa dipinggirkan, tetapi dia faham keadaan Sha sekarang. Kami meletakkan kepercayaan dalam perhubungan, sebab itu ia mampu bertahan sehingga ke hari ini. Dia sendiri tidak mahu tergesa-gesa kerana mahu mengejar impiannya dulu, kata penyanyi Patah Seribu ini. 

Berasakan penantian selama 12 tahun begitu berbaloi dengan kejayaan diraih, Shila ingin terus melebarkan sayapnya dalam tempoh dua tahun ini. Malah dia menganggap, langkahnya baru saja bermula dalam dunia seni. 

Sambil menganggap penantian Sharnaaz sebagai pengorbanan buat dirinya, Shila juga mahu memberikan yang terbaik dalam kerjaya sebelum memperlahankan rentak selepas bergelar isteri dan juga ibu, kelak. 

Keputusan bersama ini juga dibuat bagi merungkai segala persoalan di kalangan peminat dan media. Sha tahu, lagi lama hubungan ini terjalin, lagi banyak gosip timbul. 

Keluarga kedua-dua belah pihak pun sudah tahu mengenai keputusan ini dan mereka cukup memahami. Insya-Allah, kalau jodoh kami awal, mungkin lagi awal tarikh perkahwinan, katanya yang akan membuat persembahan pembukaan pada konsert Eric Moo di Beijing pada 17 November dan konsert Tahun Baru di Shanghai, China. 

Meskipun sudah mencapai kata sepakat untuk melangkah ke jinjang pelamin dua tahun lagi, namun Sharnaaz tidak mempunyai perancangan mengikat kekasihnya dengan tali pertunangan dalam masa terdekat. 

Keturunan saya, kalau bertunang pun paling lama dua bulan atau seminggu. Memang kami tidak suka bertunang lama-lama. Jadi buat masa ini tiada sebarang perancangan ke arah itu. Walau penantian memang perit, tapi saya tetap sabar menanti sehingga tiba detik manis itu, kata Sharnaaz pula ketika dihubungi Hip. 

Ditanya mengapa memilih 2014 untuk menamatkan zaman bujang, jejaka dari Pulau Pinang ini berkata, tempoh itu sesuai dengan kematangan usia mereka. 

Kalau boleh, memang saya mahu mendirikan rumah tangga sebelum usia mencecah angka 30 tahun. Pada waktu itu, usia saya 29 tahun dan Shila pula 24 tahun. Usia itu memang sesuai untuk kami mendirikan rumah tangga. Biarlah dalam tempoh dua tahun ini kami berusaha stabilkan diri terlebih dulu, tambahnya yang kini berada di Ayer Keroh, Melaka, bagi menjalani penggambaran telefilem. 

Mengulas pembabitannya dalam iklan komersial televisyen terbaru Shila, Safi Balqis Perfect 10, Sharnaaz mengakui amat teruja kerana inilah kali pertama dia berlakon dalam iklan. 

Hampir seharian saya menjalani penggambaran di sebuah banglo di Alam Damai, Cheras. Memang memenatkan kerana pengarahnya, Adnan Salleh atau Nan begitu teliti dalam pembikinannya. Bagi mereka, setiap 0.01 saat itu amat berharga. Walaupun penat, tapi ia menyeronokkan kerana dapat berlakon bersama buah hati, ujarnya mengenai iklan yang bakal menemui penonton mulai minggu depan.

privacy facebook

To all my FB friends, may I request you to please do something for me:
I want to stay connected with you.
However, with the recent changes in FB, the public can now see activities in any wall. This happens when our friend hits "like" or "comment", automatically, their friends would see our posts too.
Unfortunately, we cannot change this setting by ourselves because Facebook has configured it this way.
So I need your help.
Only you can do this for me.
PLEASE place your mouse over my name above (do not click), a window will appear, now move the mouse on “FRIENDS" (also without clicking), then down to "Settings", CLICK here and a list will appear.
REMOVE the CHECK on "COMMENTS & LIKE" by clicking on it. By doing this, my activity amongst my friends and my family will no longer become public.
Many thanks! Paste this on your wall so your contacts would follow suit too, that is, if you care about your privacy -- which I know we do.
Thank you!

Facebook Emoticon sekarang dah boleh digunakan pada ruangan comment ^_^

Facebook Emoticon sekarang dah boleh digunakan pada ruangan comment ^_^




[18SX] Ia Terlalu Besar Untuk Saya Pegang Lama-lama


Sepasang suami isteri sudah lama mencuba utk mendapatkan anak. Setelah mendapatkan nasihat dari doktor, akhirnya mereka bersetuju utk menggunakan kaedah “anak tumpang” atau kata lain, isterinya itu akan menggunakan benih lelaki lain utk mengandung. Setelah bersetuju dan memilih bakal lelaki yang akan “menyedekahkan” spermanya, maka satu hari.. berkatalah si suami “Ok sayang.. abang pergi dulu… sebentar lagi lelaki tu akan datang…” (lelaki yang nak dermakan sperma dia).
Sambil menunggu kedatangan penderma tersebut, tiba² muncul seorang jurugambar yang kerjanya ambik gambar-gambar bayi. “Selamat pagi puan.. saya datang utk….” belum sempat habis bercakap, si isteri tadi memotong kata-katanya dan berkata “oh ya.. saya memang menunggu awak..””errr ye ke?” kehairanan photographer tu..”kalau macam tu..bagus la.. saya dah buat banyak bayi yang istimewa..(maksudnya gambar bayi yang baik la.. ) “Itu la yang suami dan saya harapkan..”kata si isteri..” silakan masuk..dan duduk la..

“”Hmmm macamana kita nak start? ” tanya si isteri setelah beberapa ketika. ..”Serahkan pada saya puan… saya selalunya buat di bathtub… sekali kat atas sofa.. dan beberapa kali di katil.. kekadang kat atas lantai diruang tamu saja. itu pun seronok juga..anda mesti suka…” kata lelaki tadi menerangkan tempat2 yang sesuai utk diambil gambar.. “Bathtub??? atas lantai…???

Patutlah ianya tak pernah berkesan pada saya dan suami..kami selalu lakukan di bilik tidur saja.. “jelas isteri….”Puan, tak da orang yang boleh gerenti ianya baik setiap kali.. tapi kalau kita pelbagaikan posisi dan saya shoot dari beberapa angle.. saya jamin…anda akan suka dengan resultnya… Si isteri tercengang.. .

“Puan..dlm keja saya nie..seseorang mesti mengambil masa sikit..saya suka berada di luar dan di dalam buat beberapa ketika.. tapi tentu puan tak suka..”Macam saya tak tau???” kata si isteri..Photographe r tadi mengeluarkan gambar2 bayi yang sungguh comel dari briefcasenya. . “yang ini saya buat masa di atas bus kat London ..”Hah!…atas bas????” terkejut si isteri…”Yang kembar ini plak memang tak disangka2.. bila anda tau bahawa memang susah nak bekerjasama ngan emaknya.. ” kata photograper tadi..

“Emaknyer susah nak bekerjasama? ???” tanya si isteri.. “Ya… memang susah.. sehingga saya terpaksa bawa dia ke Hyde Park utk buat keja dengan baik.. orang ramai mengerumuni kami ketika itu..utk melihat dengan jelas apa yang kami lakukan…”

“Di depan public???”terkejut si isteri. “Ya..dah tu..lebih kurang 3 jam baru selesai.. emaknya.. menjerit,terpekik. . sehingga saya tak boleh nak concentrate. .bila tupai2 dah datang menghampiri alat saya.. saya terpaksa berhenti melakukannya. . ” cerita si Photograper. . “awak maksudkan tupai-tupai tu really usik awak punya….alat? ??” tanya si isteri..

“Ya puan… tak per la.. Puan dah bersedia ker.. Saya akan siapkan tripod…. lepas tu kita akan mulakan..”Tripod????”nak buat aper..??? “tanya si isteri..”OH..itu utk laraskan alat saya nanti… ianya terlalu besar utk saya pegang lama-lama.. “”er puan.???Puan? ?? la..dier pengsan!!

Tips Sambut Happy Anniversary

Setiap pasangan kekasih pasti mengingati serta meraikan hati ulang tahun percintaan mereka. Meraikan hari ulang tahun itu tidak salah malah ia baik kerana ini adalah salah satu cara menunjukkan kasih saying masing-masing masih menebal biarpun percintaan dimamah masa dari tahun ke tahun.

Namun tidak perlulah meraikannya terlalu keterlaluan. Bukan cara sambutan itu yang jadi ukuran kasih sayang tetapi apa yang lebih penting kamu saling mengingati satu sama lain. Ikutlah panduan dibawah bila tiba hari ulang tahun percintaan kamu dan pasti si dia gembira dengan apa yanjg kamu lakukan ini.

Langkah Pertama
UCAPAN adalah yang paling penting. Sebaiknya tepat jam 12 tengah malam pada tarikh hari ulang tahun percintaan kamu kirimkanlah SMS romantic buat si dia dan nyatakan perasaan kamu selama bersamanya.

Langka Kedua
Atur Pertemua dan luangkan masa bersama si dia di hari ulang tahun kamu berdua. Andai ada peluang pergilah bercuti raikannya sehari bersama. Bermula dari bersarapan bersama, kemudian membeli belah dan seterusnya menonton wayang. Jadikanlah hari istimewa ini paling manis buat kamu berdua.

Langkah Ketiga
Makan Malam Berlilin bukanlah peluang yang selalu dapat dilakukan. Apa salahnya kelau setahun sekali kamu dan si dia makan bertemankan lilin dengan suasana yang penuh romantic. Kalau tidak mampu ke restoran eksklusif apa kata kamu sediakan sendiri. Jadikan lama rumah sebagai restoran bertaraf 5 bintang. Nyalakan lilin di sekeliling lama. Kemudian, mainkan lagu-lagu cinta, pasti lebih romantik kan?

Langkah Keempat
Hadiah juga salah satu keperluan ketika meraikan hari ulangtahun kamu berdua. Saling bertukar hadiah adalah sebagai tan kamu saling menghargai dan berterima kasih. Nilai hadiah tidak penting, mahal atau murah ianya bergantung pada kemampuan. Apa yang lebih penting adalah kamu ikhlas member.

Langkah Kelima
Kejutan membuatkan si dia berasa terharu dan gembira. Buatlah satu kejutan dan tidak bergantung pada makan malam dan hadiah sahaja. Mungkin setelah selesai makan dan beri hadiah kamu boleh memainkan gitar atau piano lagu cipataan kamu sendiri yang ditujukan khas buat si dia ataupun jika kamu berbakat berpuisi atau bersajak. Kamu deklamasikanlah sajak atau puisi untuknya. Pasti sambutan ulangtahun kamu kali ni lebih romantik

Minum Milo Pun Duit Masuk Haa?

Biasanya akan dihabiskan sepanjang aku online buat kerja part-time aku setiap malam.
Terasa nak minum Milo pun ada jugak ni.

Alang-alang dah bercerita pasal milo, ni kisah milo yang aku salin dari wikipedia :

Milo (drink)

Milo (pronounced /’maIlou/) is a chocolate and malt powder which is mixed with hot or cold milk to produce a beverage which is popular in many parts of the world. It is best taken in milk clumps. Produced by Nestlé, was originally developed by Thomas Mayne in Sydney, Australia in 1934. It is marketed and sold in many countries around the world.

Most commonly sold as a powder in a familiar green tin, often depicting various sporting activities, Milo is available as a premixed beverage in some countries, and has been subsequently developed into a snack bar and breakfast cereal. Its composition and taste differ in some countries.


1940s Milo tin

In 1934, Australian industrial chemist and inventor Thomas Mayne developed Milo and launched it at the Sydney Royal Easter Show. Milo began production at the plant located in Smithtown, near Kempsey on the North Coast of New South Wales. The name was derived from the famous Greek athlete Milo of Crotona, after his legendary strength.



Burger Bakar Abang Burn

Super-Duper-Cheese

Abang Burn berasal dari Pulau Pangkor & dia seorang chef dgn team Pelukis Makanan Malaysia. Dulu Abang Burn slalu buat steak & makanan western yg sedap sampai terangggkkaatttt!

Abang Burn sekarang bukak gerai dengan cara buat burger segar yg best. Idea dapat mase tgh mimpi nk pegi Australia. Abang Burn suka steak, jadi burger pakai sos steak & sos putih memang sedap bila makan dengan daging yang dibuat sendiri! 

---------------

KEPANTASAN BURGER BAKAR ABANG BURN

You will get your burgers 5-15 minutes upon ordering.
Our average serving time is 8 minutes!
The fastest recorded time was 3 minutes (customer: Muhammad Azrin)

---------------

OPERATION HOURS / TELEPHONE ORDERING

** Setiap Hari (Tiada Cuti)
** 5pm - 1230 am
** Kami terima tempahan telefon untuk 10 burger ke atas! Untuk tempahan kumpul2, gathering, boleh contact kakak burn : 012-9248982
** Abang Burn buat berger bakar paling cepat 5 minit, paling lambat 15 minit. Kalau walk-in pun sama dgn tempahan telefon :)

---------------

JELAJAH WAQF BULANAN

Abang Burn & usahawan di bawah license Abang Burn dedicate jualan 1 hari dalam setiap bulan untuk tujuan waqf kepada anak yatim, golongan tidak berkemampuan & tidak bernasib baik yg benar2 daif & tidak dapat bantuan dari mainstream media atau agensi kerajaan. Hari waqf selalunya Isnin ke-3 dalam setiap bulan.

Tujuan jelajah waqf untuk beri peluang pd team abang burn & customer untuk sama2 mencari & mengenali golongan yg tdk bernasib baik, & jika mana2 mempunyai kemampuan boleh tolong dari segi rohani, kewangan atau jasmani. 

Waqaf ni diberikan pd semua yg memerlukn tanpa mengenal bangsa, agama atau budaya. 

---------------

BIRTHDAY ABANG BURN

1hb Mei, Labour Day. 
Juga dikenali sebagai Team Day. Special day sebagai penghargaan kepada usaha, pengorbanan & teamwork effort setiap staff Abang Burn untuk memulakn & memajukan perniagaan Abang Burn.


[Video ] Pengembala dan Biri-Biri


Upin Ipin - Pengembala dan Biri-Biri



Saya gembala biri-biri Semua dijaga rapi-rapi Sudah dibawa makan mari Boleh berehat senang hati Kami biri-biri Si Jarjit Hari-hari makan rumput je Jalan bersama atas bukit Nikmati indahnya dunia Saya kambing yang paling sihat

Dia kata saya terlembeeek Saya kambing yang paling cantik Saya suka, saya suka! Mari-mari dengar cerita kami Kisah penggembala dan biri-biri

Tolong! Tolong! Ada serigala di sini! Tolong! Tolong! Selamatkan biri-biri!

Serigala...? Serigala...? Mana...? Mana...? Mari kita tolong!

Grrr! Awoo! Akulah serigala yang lapar! Aku mahu biri-biri! Nyam, nyam! Aum! Hahahaha!

Tolong! Tolong! Ada serigala di sini! Tolong! Tolong! Habis biri-biri saya!

Serigala? Serigala? Mana? Mana? Kami tak percaya lagi Dia selalu mainkan kami Biarkanlah dia Kita sambung kerja kita Jom!

Biri-biri saya dah hilang Habis dimakan serigala



Kamu semualah, tak datang..
Tinggal saya seorang saja...
Itulah orang sudah kata...
Jangan biasa memperdaya..
Nanti orang dah tak percaya..
Bila terkena padan muka!..
Tamatlah sudah alkisah tadi..
Terima kasih dan jumpa lagi..